cinta cintun hara :)

Friday, 24 March 2017

20.9.2016

Asslamualaikum.....

Lama sangat nurul meyepikan diri... di izinkan Allah nurul diberi kekuatan untuk post entry ini, semoga nurul tabah untuk taip panjang lebar sampai ke titik akhir. 20.9.2016 tarikh yang tak mungkin nurul dapat lupakan sepanjang hidup nurul.

Dibumi australia nurul diturunkan ujian kehilangan kakak tersayang Allah hanya Allah yang tahu kesedihan yang dirasa.. tepat pukul 2 a.m waktu australia dapat call dari keluarga megatakan kakak telah pergi tinggalkan nurul untuk selama-lamanya, terkejut,mengigil rasa tubuh nurul untuk mehadam pekataan Dia dah tak ada.. mulut hanya berkata Allah..Allah kau telah turunkan ujian yang sangat besar pada nurul,sekelip mata KAU ambil seseorang yang sangat rapat dengan nurul.

baru pagi tu tu dia whatapp nurul subhanallah sekejap sahaja kau ambil dia. tanpa kata-kata dapat didengar dibicara dengan nurul iada pesan yang ditinggalkan untuk nurul.

Hati tetap tak percaya sampailah dapat bercakap dengan mak Allah masa ni nurul tak mampu nak berkata dengar suara mak "Kakak kau dah tak ada ...dalam keadaan sedu" jantung nurul seperti nak pecah dengar suara mak lemah tubuh nurul lemah selemah-lemahnya, nurul tertanya kuat ke diri ni nak terima ?kuat ke diri ni nak bicara dengan mak?kuat ke diri ni nak sabarkan mak?kuat ke diri ni nak tenangkan mak? sedangkan nurul kat sini dah terduduk dengan khabar yang tak disangka.

Tanpa sempat kata maaf dapat nurul ucapkan,tanpa sempat nurul katakan nurul sayang dia, tanpa sempat nurul katakan terima kasih jadi kakak yang baik untuk nurul. tanpa sempat semuanya.
Allah telah panggil dia dahulu.

Banyak yang nurul nak cerita dekat dia banyak sangat, tak ada lagi teman nurul nak bergaduh,tak ada lagi teman nurul nak bermanja,tak ada lagi orang yang nurul nak tolong, tak ada lagi orang yang nak membebel,tak lagi orang yang nak megalah dengan nurul,tak ada semua tu.

Nurul tak dapat balik ke malaysia tepat pukul 11 pagi kakak selamat dikebumikan nurul sempat buat video call tengok segala urusan perkebumian. Hanya allah yang tahu teringin sangat nurul nak cium dia buat kali terakhir tapi Allah tak izinkan hanya mampu tengok dari jauh hanya mampu lihat di hp sahaja,

dapat tengok mak keadaan mak, sayunya hati sayunya lihat mak kalau nurul ada, lemahnya mak.
kehilangan anak,kehilagan anak yang rapat dengan nya. dan nurul kehilagan kakak.

Dan in sha allah nurul akan jaga zuriat beliau dengan baik, satu-satu harta yang dia tinggalkan untuk nurul. Ida nurul sentiasa doakan kau di sana in sha allah kita akan jumpa nanti di alam sana.

pergilah insan yang bernama ida noraini bt ramli.

AL-FATIHAH.

22:55 P.M  24.3.2017
AUSTRALIA.




Thursday, 25 August 2016

Assalamualaikum...

As'salam.....

Mencari rezeki dibumi ALLAH s.w.t bukanlah sesenang ABC, tapi usaha selagi mampu, tawakal semoga ALLAH permudahkan semuanya. Fuhh.. lama sangat senyap tanpa khabar berita ye, tak ke mana pun tapi kita tak tahu nak update apa tiap kali nak update asyik tepu je.

Selalu bukak facebook tapi jarang juga update status tengok je lebih, rindu dekat family dekat malaysia rindu dekat mak, tapi nak buat macam mana cari rezeki punya pasal semoga rezeki melimpah ruah cepat-cepat dapat balik malaysia mulakan business.

Dekat sini banyak sabar je kita ni, jumpa orang macam-macam ada yang suka kita ada yang tidak kena pandai bawak diri kalau tidak memang susah, lagi-lagi kalau duduk serumah ALLAH hanya tuhan je tahu tak selesa dia macam mana, minda kena kuat kalau tidak berhuhu lah ye, buat itu salah buat ini tak betul, banyak sabar jelah lagi-lagi kalau orang tu lebih tua, lebih baik elak kan diri, tak kisahlah dia nak kata kita apakan selagi kita boleh elak baik elakkan, kita dekat sini banyak diam. Nak jaga hati semua orangkan.

Kita tak tahu salah apa kita buat, nak kata kita berkurang ajar ALLAH minta simpang tak penah lagi kat sini kita buat hal tapi hamba ALLAH ni tak tahulah taknak bertegur sapa dengan kita, sebagai manusia tak ada yg lari dari buat kesilapan kalau ada berilah tahu ni tidak senyap seribu bahasa tanpa alasan yang kukuh, asyik nak mermerli je, so baik kita jauhkan diri. Dan tak ganggu sape2 kita buat hal sendiri je. Lagi baik, tak sabar nak tunggu bulan 11 nak pergi balik tempat asal robinvale rindu suasa ceria dengan kawan-kawan kat sana.

Monday, 18 July 2016

Hidup di australia

Assalamualaikum....

Fuhhh lama kita tak update blog bersawang dah blog kita, banyak nak cerita banyak sangat-sangat dan pegajaran kita dibumi australia nie ada yang baik ada yang tidak, tapi kita percaya setiap apa yang terjadi ada hikmah dan ada pegajaran yang kita dapat. Berlajar selagi kita mampu belajar.
Yang baik kita jadikan panduan yang tak baik kita jadikan tauladan...

Ok first nasihat dari orang merantau, satu pesan kita kawan-kawan yang terfikir dan tergerak hati untuk mencari rezeki dibumi australia silalah cari banyak info yang ada banyak bertanya jangan main pergi, jangan mengunakan AGENT itu satu nasihat kita kat korang, kebanyakkan orang kita jumpa dekat sini banyak menggunakan agent, sebab bgi mereka apa yang agent janjikan betul. Tidak ye tidak semua yang betul. Janji dapat 14k sebulan atau lebih adalah tak betul bulan petama pedapatan kita takkan boleh cecah macam tu sebab kita masih berlajar untuk petik buah.  So jangan terpedaya.

Sepanjang kita dekat sini hampir 4 bulan banyak yang kita belajar, banyak jumpa orang macam-macam ragam dan perangai, ada yang baik dan sebaliknya pun ada, tapi bagi kita selagi niat kita betul in sha allah kita semua akan selamat, kadang sedih tengok orang seagama kita lalai, minum arak sampai sini semua dah jadi lain yelah negara luar tiada sape nak halang tiada sape nak cegah tiada siapa peduli apa nak buat, solat kemana iman kemana semua dah kelaut. Tapi tulah benda-benda nie semua megajar kita untuk dekat dengan allah swt apa yang terjadi apa yang kita lihat jadikan pegajaran, kita dah nasihat kita dah cuba cegah tapi orang tak dengar apa yang mampu kita buat hanya berdoa yang mereka berubah.

Nanti kita sambung pegalaman kita petik buah sampai habis musim grape ☺

Sunday, 20 March 2016

hari pertama di australia melbourne

assalamualaikum....

ok nurul nak cerita pegalaman pertama nurul dekat melbourne nurul pergi 2 orang nurul dan juga amalin kawan nurul di malaysia. nurul gerak dari malaysia dalam pukul 1.30 p.m jangka sampai di airport melbounre tengah malam, sebelum sampai ke melbounre dalam kapal terbang ad satunkejadian terjadi peghhh dahsyat je rasa sebab masa tu nurul tengh tidur. ada seorang cina hisap vape dalam tandas pramugari ketuk pintu tandas macam nak pecah bayangkan masa tu nurul tengah tidur sambil pakai earphone  dan boleh dengar. masa that guy keluar ramai sangat orang tengok. pegh marah betul pramugari tu lepas ramai orang tengok pramugari tu mulalah cakap bahasa cina mungkin taknak bagi kita orang dengar. rasanya cina tu kena saman huhu gilalah banyak kot rm50000 atau rm500000 gila betul kan hisap rokok atau vape memang boleh dalam kapal terbang bodoh betul.


okey sambung balik so nurul sampai melbounre dalam pukul 1 a.m orang kata masa nak masuk tu agak ketatkan tapi alhamdulillah semua proses tu senang je kat nurul, tak ada kena check apa semua, after je kat kastam nurul terus cati sim card untuk hp nak call orang malaysia nak bagitau nurul sampaikan... sebab sim lama mmg dah xboleh pakai dah jadi tak ada line. so nurul belilah sim optus yes $40 dolar untuk 8gb internet call dan sms unlimited untuk asia so terus call mak kata dah sampai, sebelum lupa waktu kat Australia 3 jam awal dari malaysia so masa call mak tu kat malaysia baru pukul 10 malam.

sebelum lupa nak bagitahu yang nurul datang melbounre bukan untuk bercuti tapi berkerja hehee... after semua settle sim dah beli semua so kitaorang pun gerak keluar airport untuk beli tiket bus untuk pergi ke stations kereta api untuk pergi ke ravinvale so naiklah bus skybus (kalau korang nak dtg korg just ambil bus nie je dont worry bus nie 24 hour) so kami pun naik buslah sampai je kat station kereta apo tu kena tunggu sebab kereta apo tu open dlm 5.30 pagi so kami sampai tu dalam pukul 2 pagi macam tu so terpaksalah tunggu.

so sambil tunggu tu nurul jalan-jalan lah tengok bandar melbounre cantik kalau malam dan sangat sunyi tak banyak kereta pun tak macam malaysia siang malam penuh sangat dengan kereta kat sini tak pun...

masa berjalan tu terjadilah satu kejadian kasut nurul tercabut peghhhh azab weeiii eeee tension gila terpaksalah stay kat tempat duduk sampai esok hari untuk beli kasut baru.

so ke esokkan harinya nurul belilah kasut baru terbang duit $49 dolar huhuhu kat sini kira murahlah tapi kalau tukar duit malaysia memang beratus huhu sabar jelahkan... takpe kasut tu sampai sekarbg tahan lasak yelah ori kot huhuhu... ok nanti nurul cerita lagi hari seterusnya nak sampai ke rabinvale ok 😁😁😁😁

Monday, 15 February 2016

Kenapa

A'salam... lama sangat pergi tak update blog tahun nie first pose kan.... nak nangis tapi tahan wei sedih kecewa semua cukup.... hati dah macam kertas dah koyak rabak tak tahu nak kata apa,
Entah apa nak jadi dah , tak sabar nak pergi dari sini tak nak ingat apa2 dah
Nak lupa semua...

Friday, 4 December 2015

cara nurul menabung

assalamualaikum... selamat pagi...

selalu pagi-pagi dah update tapi hari ni nurul lambat sikit sebab kena buat surat untuk
pustakaan negara so lambat sikit so sebelum kul 1 balik dari office update dulu..

ok nurul nak cerita cara nurul menabung nurul sangat suka dengan kumpul syiling sangat suka

sampai kat rumah banyak sangat tabung sampai mak pun bising :)

macam-macam tabung... tapi nurul mula berfikir hasil dia memang banyak tapi ambil masa yang lama juga hari tu masuk bank rm 600 je tak banyak dalam setengah tahun jugalah...

so agak lama.... mula cari konsep baru cara mnak menabung nurul still mengunakan kaeedah syiling

kat rumah ada 2 tabung syiling dan kat office satu tapi kat office nurul mula buat konsep rm5 sekeping

tiap kali ada duit rm5 nurul simpan mula nurul pada bulan lepas so semalam nurul kira ada dalam rm50... tak sangka juga walaupun jumlah tak banyak bagi nurul satu percapaian yang baik

sebab bulan lepas gaji nurul agak menurun sebab banyak cuti so potong gaji...dan banyak habis juga bulan lepas dengan kereta rosak huhuhu

bulan lepas sahaja dekat rm3500 juga habis untuk 'baby'  nurul tu tak apa sabar ujian tu..

so try untuk bulan ni pula bapa banyak nurul dapat,,,,,,,


jom ramai-ramai menabung bole buat duit travel....  :)




Thursday, 3 December 2015

preview movie point break

asslamualaikum.....morning guys...

semalam waktu balik dari office memang cadang nak pi alamanda nak cari novel

ramlee awang murshid yang terbaru kat mph... tapi sayang tak kuar lagi kecewa sikit

lambat betul keluarnya so jalan-jalan terfikir nak tengok movie apa terbaru

keluar untuk bulan december ni.. alahai sebenarnya nak tengok-tengok jer tak tersangaka plak terus beratur nak beli tiket...

hahahha.... tak apa kita tanya dulu cerita apa yang best so tanyalah kat adik jual tiket...

dia kata point break best juga.....

so ikut jelah cerita best juga so nurul bagi 4/5 bintang.... sebab actionkan so memang nurul suka...

pakwe dia handsome hahhaa.... sekali dengar suara dia macam paul walker plak...

cerita dia mengisahkan pasal FBI utar ....   perompak yang pelikkk kenapa pelik

sebab hasil rompakkan itu akan diberi pada orang miskin bagi utar kes ni sangat mencabar

minda dia......

nak tahu kisahnya sila tengokk....

:)

terlebih top :P