cinta cintun hara :)

Friday, 24 March 2017

20.9.2016

Asslamualaikum.....

Lama sangat nurul meyepikan diri... di izinkan Allah nurul diberi kekuatan untuk post entry ini, semoga nurul tabah untuk taip panjang lebar sampai ke titik akhir. 20.9.2016 tarikh yang tak mungkin nurul dapat lupakan sepanjang hidup nurul.

Dibumi australia nurul diturunkan ujian kehilangan kakak tersayang Allah hanya Allah yang tahu kesedihan yang dirasa.. tepat pukul 2 a.m waktu australia dapat call dari keluarga megatakan kakak telah pergi tinggalkan nurul untuk selama-lamanya, terkejut,mengigil rasa tubuh nurul untuk mehadam pekataan Dia dah tak ada.. mulut hanya berkata Allah..Allah kau telah turunkan ujian yang sangat besar pada nurul,sekelip mata KAU ambil seseorang yang sangat rapat dengan nurul.

baru pagi tu tu dia whatapp nurul subhanallah sekejap sahaja kau ambil dia. tanpa kata-kata dapat didengar dibicara dengan nurul iada pesan yang ditinggalkan untuk nurul.

Hati tetap tak percaya sampailah dapat bercakap dengan mak Allah masa ni nurul tak mampu nak berkata dengar suara mak "Kakak kau dah tak ada ...dalam keadaan sedu" jantung nurul seperti nak pecah dengar suara mak lemah tubuh nurul lemah selemah-lemahnya, nurul tertanya kuat ke diri ni nak terima ?kuat ke diri ni nak bicara dengan mak?kuat ke diri ni nak sabarkan mak?kuat ke diri ni nak tenangkan mak? sedangkan nurul kat sini dah terduduk dengan khabar yang tak disangka.

Tanpa sempat kata maaf dapat nurul ucapkan,tanpa sempat nurul katakan nurul sayang dia, tanpa sempat nurul katakan terima kasih jadi kakak yang baik untuk nurul. tanpa sempat semuanya.
Allah telah panggil dia dahulu.

Banyak yang nurul nak cerita dekat dia banyak sangat, tak ada lagi teman nurul nak bergaduh,tak ada lagi teman nurul nak bermanja,tak ada lagi orang yang nurul nak tolong, tak ada lagi orang yang nak membebel,tak lagi orang yang nak megalah dengan nurul,tak ada semua tu.

Nurul tak dapat balik ke malaysia tepat pukul 11 pagi kakak selamat dikebumikan nurul sempat buat video call tengok segala urusan perkebumian. Hanya allah yang tahu teringin sangat nurul nak cium dia buat kali terakhir tapi Allah tak izinkan hanya mampu tengok dari jauh hanya mampu lihat di hp sahaja,

dapat tengok mak keadaan mak, sayunya hati sayunya lihat mak kalau nurul ada, lemahnya mak.
kehilangan anak,kehilagan anak yang rapat dengan nya. dan nurul kehilagan kakak.

Dan in sha allah nurul akan jaga zuriat beliau dengan baik, satu-satu harta yang dia tinggalkan untuk nurul. Ida nurul sentiasa doakan kau di sana in sha allah kita akan jumpa nanti di alam sana.

pergilah insan yang bernama ida noraini bt ramli.

AL-FATIHAH.

22:55 P.M  24.3.2017
AUSTRALIA.




No comments:

terlebih top :P